Wednesday, January 6, 2016

BAB KIAMAT

Assalamualaikum wr wt

Bismillahirahmannirrahim
Rabbi yassir walatuassir watammim bilkhair, Ya Fattah3x, Ya Razzak3x, Ya Alim3x,
Wabihi nasta'in

Allahumma Rabbana Zidna ilma
Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim

Amma ba'du

Bab kiamat.

Apa itu kiamat?

Dalam Quran ia berbagai makna.

1. Kesudahan alam... kiamat pertama
2. Kebangkitan. ..kiamat kedua
3. Mahsyar. ..penantian bicara
4. Perbicaraan /hisab amal
5. Titian sirat
6. Syurga
7. Neraka.

Semua itu di panggil kiamat dlm Quran dan hadis nabi saw.

Kiamat di panggil dgn perbagai nama... akan di huraikan satu persatu di sini.

Kiamat pertama .. Apakah itu?

Kiamat pertama adalah kehancuran semua di bawah langit ke 7...

Semua makhluk Allah mati termasuk bulan, bumi, matahari, bintang2.

Kenapa perlu Allah taala menghancurkan kesemua nya?

Kenapa perlu Allah taala mematikan para malaikat?

Kenapa perlu Allah taala hancurkan langit dan bumi?

Kenapa tidak hanya manusia dan jin saja yg di hancurkan, dan biarkan yg lain kekal?

Tidaklah Allah jadikan langit dan bumi ini melainkan nak uji siapa di antara manusia yg terbaik amalan soleh nya.

Tidaklah Allah taala nak penuhi neraka itu melainkan hanya dgn manusia dan jin semua nya.

Maksud nya Allah taala menghancurkan kesemua langit dan bumi ini kerana ianya tak perlu lagi.

Jadi tujuan penciptaan Allah pd kita semua supaya kita dpt kenal Allah Tuhan kita semua, dan melakukan amal yg terbaik utk Allah.

Tempuh ujian bagi setiap manusia ialah.. drp akil baligh sampai tercabut nyawa drp halkum.

Selepas tempuh ini.. semua amal tak akan di terima lagi.

Kita upah org buat rumah utk di duduki. Maka contractor pun buat rumah itu..

Bila rumah sudah siap... maka contractor akan membersihkan kawasan sebab tuan rumah nak di duduki.

Semua formwork, simen2, tanah2 lebih, kayu2, di buang. Semua rumah di catkan. Kunci rumah pun di beri pd tuan rumah.

Begitulah maksud kiamat. Semua kes manusia nak di tutup. Projek selesai. Hancur semua sekali.

Sebab manusia bukan tempat nya di dunia. Mrk sepatutnya di syurga. .tempat di cipta nabi Adam as.

Tapi olih kerana kita semua di uji maka tempat perbicaraan mesti ada. Selepas di bicarakan baru bolih masuk ke syurga atau ke neraka bagi mrk yg engkar.

Kita di beri 3 perkara utama utk mencari kebenaran Allah Pencipta. ..supaya kita dapat kenal siapa Allah Tuhan.. dan kita sembah.

1. Hati atau akal..utk berfikir.
2. Pendengaran. ..bukan telinga. Supaya kita dpt dengar wahyu Allah. Yaitu belajar.
3. Melihat. ..bukan mata.. Supaya kita dpt baca atau tengok wahyu Allah. .guna akal sendiri utk mencari kebenaran.

Bagaimana kiamat berlaku?

Apabila Allah swt sudah buat keputusan Nya utk berlaku kiamat. .Allah perintah pd Israfil utk tiup sengkakala /serunai nya.

Drp hadis. ..serunai ini di perbuat drp cahaya.

Israfil as sejak di beri tugas itu. .sentiasa lah dia dalam keadaan bersiap sedia.

Tidaklah israfil as dok lepak di mana2 sambil tunggu perintah Allah. Dia sudah tunggu sejak drp dulu lagi.

Apabila Allah swt sudah buat keputusan Nya. .di perintahkan israfil as utk tiup sengkakala itu sekali tiup sj.

(مَا يَنْظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ)
[Surat Ya-Seen 49]

via @QuranAndroid

Tidaklah mrk menunggu. ..utk kiamat itu. ..melainkan hanya satu tiupan drp Israfil as... tiba2 ..yg akan mematikan mrk sedangkan mrk sentiasa dlm lalai leka dgn kehidupan dunia.

(وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْآزِفَةِ إِذِ الْقُلُوبُ لَدَى الْحَنَاجِرِ كَاظِمِينَ ۚ مَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ)
[Surat Ghafir 18]

via @QuranAndroid

Ustaz Ayah Aji Rosman, [05.01.16 09:08]
Dan berilah ancaman pd mrk hari musibah yg dekat, ketika jantung2 melonjak ke halkum, krn penuh penyesalan.

Tak ada lagi lah bagi org2 yg buat syirik bidaah. ..sorg teman rapat dan sorg penolong yg mentaati seruan nya.

Yaitu tiada siapa lagi nak tolong

Silap ayah aji. .ayat di atas adalah kiamat ke 2.. hari kebangkitan

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ * لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ * خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ * إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا * وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا * فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا)
[Surat Al-Waqi'ah 1 - 6]

via @QuranAndroid

Ayat 1..2
Apabila berlaku Kiamat. Tak ada lagi lah sesiapa yg bolih kata .. kiamat ini dusta..

Yaitu.. langit runtuh. .bumi bergegar.

Ayat 3
Hari di mana di angkat tinggi satu puak dan di rendah satu puak

Yaitu satu puak ke syurga dan satu puak ke neraka.

Ayat 4
Ketika bumi ini di goncang sekuat2 nya.
Dan gunung ganang di hancurkan sehancur2nya.

Yaitu.. apabila bumi di goncang, air laut akan melonjak ke darat...ke atas gunung. Air itu akan turun dgn cepat ke laut semula. Air laut lain akan melonjak pula ke atas gunung. Berlaku sunami dan tanah runtuh.

Bumi bergegar menyebabkan bumi jadi retak. Di tengah bumi ada lahar. ..suhu nya ribuan darjah.

Air laut di dasar laut bersuhu sgt rendah.. bila bumi retak dan air laut bertemu dgn lahar panas.. bolih menyebabkan bumi ini jadi meletup.

Ini yg di katakan gunung ganang jadi debu.

Ayat 6
Dan manusia menjadi 3 kumpulan.

1. Mukarrabin . ..org dahulu drp org dahulu. .yg mula2 beriman. ..org mukarrabin.
2. Ashabul yamin. .org2 beriman yg terima amalan soleh di tgn kanan....masuk syurga selepas di bicarakan.
3. Ashabul syimal. .gulungan org yg terima amalan di tgn kiri.
Mrk ini ahli neraka kesemua nya

SOAL JAWAB :

S.1. : Hadith yang berkaitan dengan fitan ni rujukan dari mana bole dapat ayah aji?
macam sangkakala berasal dari cahaya
kitab mana yang biasa jadi rujukan?

J.1 : Bab tiup sengkakala pertama di perbuat drp cahaya. . Silap ayah aji. Drp hadis hanya sebut serunai sj. Kesilapan ayah aji. Terima Kasih

(وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ)
[Surat Az-Zumar 68]

via @QuranAndroid

S.2 : Bagaimana keadaan manusia ketika mula dibangkitkan sehingga masyar?

J.2 : Bab sekarang ni bab kiamat pertama baru.
Akan di hurai bila dtg bab kebangkitan

Sambungan.......

(وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ)
[Surat Az-Zumar 68]

via @QuranAndroid

Keadaan kiamat ke dua2 secara ringkas drp az zumar.

Bab 1
Dan hari di tiup sengkakala/serunai. ..mati semua makhluk Allah di langit dan makhluk di bumi.

Bab 2
Kecuali siapa2 yg Allah kehendaki.

Drp kitab hadis. .ada 2 hadis .
1. Semua mati kecuali 12 malaikat besar....
4 malaikat. ..Jibril as, Mikail as, Izrail as dan Israfil as.
8 malaikat yg dokong asrasy.

Kemudian di matikan mrk kecuali Israfil as.

Lalu Allah swt bertanya.. siapa lagi yg ada ya Israfil?

Israfil as... Ana wa Anta.. saya dan Allah sj.

Allah perintah pd Israfil as. Mati kamu Israfil.

Mati Israfil as krn perintah Allah.

Satu lagi hadis.
Bila kiamat berlaku. ..hanya Israfil as sj yg tinggal. .lalu Allah swt bertanya. .siapakah lagi yg hidup ya Israfil.

Saya dan Allah sj kata Israfil. Lalu Allah perintah pd Israfil. .mati kamu israfil.

Maka mati makhluk Allah dgn 3 cara.

1. Melalui cabut ruh olih Izrail as
2. Melalui tiupan sengkakala olih Izrail as
3. Melalui perintah Allah.

Bab 3
Kemudian di tiup sengkakala kedua..maka tiba2 mrk bangun berdiri. ..menunggu perintah Allah.

Di antara kiamat dan kiamat ke 2 ialah 40... itu drp hadis nabi saw. Nabi saw berkata lagi.. aku tak tahu.. 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun atau 40 apa?

Jadi masa di antara 2 tiupan itu tak tahu berapa lama. Allah sj yg tahu.

(وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ)
[Surat Ya-Seen 51]

via @QuranAndroid

Dan di tiup sengkakala kedua maka tiba2 mrk drp kubur masing2 kpd tuhan mrk mengadap.

Ini bab hari kebangkitan

SOAL JAWAB :

S.1 : Benarkah hari kiamat berlaku bila tiada lg org beriman
J.1 : Masa kiamat berlaku tiada siapa lagi yg beriman. Yg ada ialah org kafir sj.

S.2 : Bg orang beriman apa yang akan berlaku pd mrk didlm kubur sblm hari kebangkitan dan bg org kufur bagaimana pula?
J.2 : Bab alam barzakh belum lagi di masukkan. Nanti sampai bab.

S.3 : Adakah org yg telah mati merasai kiamat
J.3 : Org yg telah mati tak lagi kena kiamat itu tapi mrk kena kiamat ruh mrk... sebab kiamat itu mati termasuk ruh. Semua ruh2 akan di matikan serentak dgn org2 yg masih hidup.

S.4 : Sama x sakit saat sakarat (saat roh dicabut) melalui ketiga2 cara tu Ayah Aji?
Cuma saya selalu takut bila teringat cerita Rasullulah saw sakit saat roh cabut dr nyawa.
J.4 : Ayah aji tak tahu sakit atau tidak
Cuma drp banyak hadis dan ayat Quran . .masa kiamat berlaku. .org perempuan sedang menyusu anak.. buang anak nya.
Yg mengandung. .keguguran.
Tak sempat nak pesan2 pd keluarga. Nak sms pun tak sempat

Rasulullah saw memang begitu lah drp hadis. Nabi tak saperti kita. Sakit nya berganda .. nikmat nya pun berganda.
Maksud nya setiap org yg di uji besar.. pahalanya lebih besar. Org tanggung jawab besar dpt nikmat lebih besar dan di uji lebih besar


Ayah aji belum cerita hal keadaan manusia di waktu kiamat atau kebangkitan. Cuma beritahu keadaan berlaku sj.
Keadaan mrk ada di sebut dlm Quran dan hadis.

SOAL JAWAB :

S.1 : Baru2 ni ada org claim kata bentuk cakerawala alam ini umpama bentuk trompet yg disangka sangkakala Adakah ianya khayalan manusia semata.. apa pandangan ayah aji?
J. 1 : Khayalan manusia sj.

S.2 : Semua orang islam tidak merasa kiamat sebab tiada yg beriman lagi pada kiamat pertama?
J.2 : Ayah aji ngajar tafsir.. biasa nya ayah aji bawa hadis dgn maksud nya sj. Tak di bawa dgn sanad nya...walaupun ayah aji dah belajar hadis.
Ini utk merengkaskan sj.

S.3 : Masa berlaku kiamat pertama tu, semua makhluq mati serentak ke?
J.3 : Ya mati serentak.

Sebelum kita sambung bab hari kebangkitan. .keadaan manusia sebelum kiamat itu perlu juga kita tahu.
Olih kerana ramai tak belajar kitab hadis kutubussittah. .. maka ayah aji nak ngajar secara rengkas sj.
Sebab ini termasuk kepercayaan pd akhirat. ..ialah syarat awal kiamat perlu juga belajar.
Bagi mrk yg belum lagi belajar hadis kutubussittah. .maka ini rengkasan drp kisah awal kiamat.

Kalau kita baca sendiri hadis tampa bertalaqqi dgn mana2 guru hadis ..kefahaman kita mungkin lain sikit.

Syarat awal kiamat.
1. Datang Dajjal
2. Imam Mahadi
3. Nabi Isa as
4. Ya'juj dan ma'juj
5. Binatang drp bumi berkata2
6. Di matikan serentak org beriman.
7. Kiamat

Masa kiamat berlaku tiada lagi org beriman.. dan jarak masa juga lama.


PENGENALAN OLEH TUAN GURU

Insya Allah, kita bermula esok kuliah bab kepercayaan kpd hari akhirat kelak.

Selalu ada dlm Quran . . .... ... beriman pd Allah dan hari akhirat .

Adakah hari percaya saja akhirat kelak ada atau apa sebenarnya maksud..percaya itu.

1. Percaya akhirat ada. Neraka ada. Syurga ada. Mahsyar ada. Begitu saja ke?

2. Percaya itu tahu sungguh2 kiamat itu.
Syurga itu begini2. .
neraka begini2. .
mahsyar begini2

Memadai kah setakat percaya sj?

Yang ramai umat islam hanya percaya sj. Tak tahu pun syurga macamana. Neraka macamana? Mahsyar macamana?

Kesian nya kalau kita tak tahu.

Itu bukan beriman sempurna pd hari akhirat.

Itu main2 sj

Ustaz Ayah Aji Rosman, [04.01.16 17:40]
Allah telah beri wahyu dan nabi kita saw menghurai dgn detail tapi kita tak buat bersungguh utk tahu pun.

Kita hanya percaya.

Sedih sungguh ayah aji.

Bila ayah aji masa mengajar di mana2 masjid surau.. tolong cerita sikit neraka.

Mrk jawab.. neraka tempat azab. Di bakar.

Bila tanya macamana api? Panas nya?

Terpesir. ...jwb panas lah tak terbayang.

Macamana di masukkan ke neraka?

Terus terdiam

Bila ayah aji tanya tentang syurga. Mrk tersenyum lalu kata ada bidadari, ada istana.

Macamana?

Terus terdiam.

Ini tahu nama nya.

Kita nak ke America. Kita perlu pergi dgn kapal terbang, ada passport, ada duit, ada tempat tuju.

Tahu nak makan kat mana. Nak solat macamana. Tempat yg nak pergi itu kita tahu..musim sejuk ke musim panas ke. Dan berbagai maklumat perlu tahu.

Kalau kita cakap saya nak ke America. Org tanya kat mana? kita terus jawab tak tahu itu pelik sikit lah.

Duit berapa banyak nak bawa?  Tak tahu tu pelik sikit lah.

Faham tak maksud ayah aji. Kita nak ke syurga. .tapi syurga itu sendiri kita tak kenal.

Kita takut ke neraka. ..neraka itu sendiri tak kenal.

Kita tahu kita akan di bicarakan. Tapi kita tak tahu macamana perbicaraan itu berlaku.

Sedangkan semua itu dah di beritahu pd kita semua dgn detail sekali.

Allahuakbar. .percaya sj pd akhirat tapi tak tahu apa2 itu.. suatu perbuatan yg cuai pd diri sendiri

Insya Allah, ayah aji cuba ngajar mengikut sedikit ilmu ayah aji yg Allah taala beri pd ayah aji.