Wednesday, January 6, 2016

PENGENALAN OLEH TUAN GURU

Insya Allah, kita bermula esok kuliah bab kepercayaan kpd hari akhirat kelak.

Selalu ada dlm Quran . . .... ... beriman pd Allah dan hari akhirat .

Adakah hari percaya saja akhirat kelak ada atau apa sebenarnya maksud..percaya itu.

1. Percaya akhirat ada. Neraka ada. Syurga ada. Mahsyar ada. Begitu saja ke?

2. Percaya itu tahu sungguh2 kiamat itu.
Syurga itu begini2. .
neraka begini2. .
mahsyar begini2

Memadai kah setakat percaya sj?

Yang ramai umat islam hanya percaya sj. Tak tahu pun syurga macamana. Neraka macamana? Mahsyar macamana?

Kesian nya kalau kita tak tahu.

Itu bukan beriman sempurna pd hari akhirat.

Itu main2 sj

Ustaz Ayah Aji Rosman, [04.01.16 17:40]
Allah telah beri wahyu dan nabi kita saw menghurai dgn detail tapi kita tak buat bersungguh utk tahu pun.

Kita hanya percaya.

Sedih sungguh ayah aji.

Bila ayah aji masa mengajar di mana2 masjid surau.. tolong cerita sikit neraka.

Mrk jawab.. neraka tempat azab. Di bakar.

Bila tanya macamana api? Panas nya?

Terpesir. ...jwb panas lah tak terbayang.

Macamana di masukkan ke neraka?

Terus terdiam

Bila ayah aji tanya tentang syurga. Mrk tersenyum lalu kata ada bidadari, ada istana.

Macamana?

Terus terdiam.

Ini tahu nama nya.

Kita nak ke America. Kita perlu pergi dgn kapal terbang, ada passport, ada duit, ada tempat tuju.

Tahu nak makan kat mana. Nak solat macamana. Tempat yg nak pergi itu kita tahu..musim sejuk ke musim panas ke. Dan berbagai maklumat perlu tahu.

Kalau kita cakap saya nak ke America. Org tanya kat mana? kita terus jawab tak tahu itu pelik sikit lah.

Duit berapa banyak nak bawa?  Tak tahu tu pelik sikit lah.

Faham tak maksud ayah aji. Kita nak ke syurga. .tapi syurga itu sendiri kita tak kenal.

Kita takut ke neraka. ..neraka itu sendiri tak kenal.

Kita tahu kita akan di bicarakan. Tapi kita tak tahu macamana perbicaraan itu berlaku.

Sedangkan semua itu dah di beritahu pd kita semua dgn detail sekali.

Allahuakbar. .percaya sj pd akhirat tapi tak tahu apa2 itu.. suatu perbuatan yg cuai pd diri sendiri

Insya Allah, ayah aji cuba ngajar mengikut sedikit ilmu ayah aji yg Allah taala beri pd ayah aji.

No comments:

Post a Comment